Wednesday, January 25, 2012

::: Akibat dedah AURAT di facebook....... :::


kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa... yang mengetahui password facebooknya...

jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...Al-Fatihah

*************************

kisah kat atas nie aku amik kat facebook. bila terbaca kisah kat atas nie tetiba aku teringat kat arwah roomate aku masa matriks dulu. dia memang aktif myspace ngan friendster. masa tue kan memang dua laman sosial nie agak famous. dia yang ajar aku pasal benda2 nie. boleh dikatakan setiap kali dia online pasti ada yang add. komen ngan mesej jangan cakap la. banyak giler notification setiap kali dia online. arwah roomate aku nie memang comel orangnyer. gambar profile dia mampu buatkan dua2 laman sosial dia terkenal.

selepas dia meninggal tetiba terdetik hati aku tentang gambar2 dia kat myspace ngan frienster. aku jadi takut. aku jadi sebak. sebabnyer aku buntu tak tau macam mana nak padam semua gambar2 yang ada. sebabnyer aku tak tau password ngan email dia. yang ada cuma automatik save jer kat laptop. tapi masalah timbul sebab masa tue kebetulan pulak wifi kat matriks tengah maintenance. lebih seminggu kitorang tak dapat online. aku lagi bertambah kusut. kadang2 aku menangis sebab tak dapat tolong dia.

entah macam mana aku dapat tahu ex pakwe dia tahu password ngan email friendster dia. friendster mungkin boleh settle. tapi masalahnyer email myspace dia laen la pulak. tetiba aku dapat ilham. aku teringat sesuatu. nama yang dia selalu gunakan kalau nak hias myspace dia. aku pown cuba. alhamdulillah aku berjaya. naseb baek password sama. kalau laen tak tau la macam mana.

semenjak tue aku aku buat satu nota simpanan semua password ngan email aku. semoga jika apa2 terjadi kat aku ada yang dapat buat sesuatu. lagi satu aku private semua gambar2 yang ada. nak delete sayang sebab ada gambar dalam tue dah takde dalam laptop sebab format. salah cina kedai tue la. dahla charge mahal lak tue. aish..

jangan sangka kita takkan mati pada usia muda. memang muda cuma sekali. tapi bila2 masa jer Allah boleh tarik nyawa kita. memang seronok2 sekarang tapi diakhirat kelak jawab la sendiri.

moral of the story pandai2 la pikir ape yang patut korang buat. huhuhu..


sumber : Blog atia-gadismelayu