Monday, March 14, 2011

PaNdUaN mEnYeDiAkAn MaKaNaN bAyi

bukan mak jer yang kena jaga makan waktu n lepas pantang tapi baby pong sama taw...jom share tip2 nie :

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

SiKaP wAniTa YaNg DiSeNaNgi LeLaKi

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

10 PeTaNdA diA jOdOh KiTa

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, March 13, 2011

GeLaGaT mY hUbBy wiT mY sWeEt


hye u all, nilah gelagat n teletah my hubby tengah bagi susu kat my sweet..huahuahua time nie kat umah my bff, amy..baru sudah maman tengahari..aku ngah mamam ngan amy..hubby2 ngah membuka nursery..alpadan muka hubby2..soh bagi minum kat atas riba..tapi my hubby ckp xbrani lah, takutlah, kcian kat sweet takut dia sakit belakang ( paham2 lah kaki laki x mcm kaki wanita..keras toi )..aku kata ikut suka lah janji my sweet xtersedak..huahuahuahuahua..

tadi petang, aku wat praktikal mandian utk my hubby mandikan my sweet tuk khamis n jumaat nie sebb pengasuh amik cuti rabu, khamis n jumaat (dia balik terengganu) rabu aku amik cuti..huhuhu demimu my sweet..adoyai klako giloz la bila my hubby wat qeja yg dia xpenah wat (mandikan baby) mcm2 jadinya..semestinya tangan still keras..xconfident plop aku nengoknya..tap its k..kurang2 nak gak dia mencuba dari xnak amik taw lngsung kn..pape pong...luve my hubby sooo muchhh...

My SwEeT wiT tOyS




hye u all, inilah gelagat my sweet bila dapat toys..tgk mcm sungguh2 maen ..padahal itulah paksaan dari umi nyer..huahuahua kantoi suda..tapi my sweet maen gak ..depend pada mood dia la..kalo time senyuman nyer still menawan lagi adalah harapan nk nengok dia maen sambil dok bebel sowg2..kalo senyuman aiseywoman menakutkan..padamkan lah niat suci lagik murni umi n ayah n u all nak tgk sweet2 maen,abis dia baling..pas tur mula meragam sambil bebal sambil meniarap..lama skit meneran suara sambil jerit2..ish..ish..ish..klakor + kecian..pas angkat dokong, senyum sampai telinga..itu tandanyer my sweet semakin bijak + umur meningkat bulan..

rEsEpI PuDiNg KoKteL



BAHAN-BAHAN :


BAHAN A :
1 TIN SUSU CAIR ( IDEAL )
4 SUDU TEPUNG KASTARD ( JENAMA IKUT SUKA )
4 CAMCA GULA
* TEPUNG KASTARD BANCUH DULU DENGAN AIR MASAK..BUKAN PA KALO P MASAK TROS DGN SUSU IDEAL,KANG TAKOT KETOI2...JD MENATANG LAEN PLOP..


BAHAN B :
KEK SWISS ROLL @ KEK GULUNG ( IKUT SUKA JENAMA & PERISA APA )
MIX FRUIT KOKTEL ( JENAMA IKUT SUKA )
NATA D COCOA ( BETTER LAICI SEBB AKU SUKA PERISA TUR - TAMBAHAN JER )
LAICI @ LONGAN ( TAMBAHAN )
BUAH-BUAHAN PONG BLEH GAK ( STRAWBERI,ANGGUR,PEACH,N WATEVER )


BAHAN C :
JELLY CRYSTAL ( BETTER NONA)
200ML @ 2 CAWAN AIR (UNTUK MASAK JELLY TUR )

CARA MEMBUAT :
1- MASAKKAN SUSU IDEAL DGN TEPUNG KASTARD ( YG TELAH DIBANCUH ASING DGN AIR TADI) DALAM PERIUK BERSAMA GULA.
2- KACAU DENGAN API YG PERLAHAN SEHINGGA PEKAT DAN LIKAT.
3- POTONG KEK SWISS ROLL @ KEK GULUNG DAN LETAKKAN DALAM BEKAS TUPPERWARE @ PINGGAN KHAS UTK PUDING.
4- APABILA TEPUNG KASTARD TELAH MASAK, PADAMKAN API DAN TUANG SIKIT DEMI SIKIT ( MAKSUDNYA CEDOK LER BUKAN TUANG TROS TAW )KE BEKAS YANG TELAH DILETAKKAN KEK SWISS ROLL TADI.
5- MASUKKAN MIX FRUIT KOKTEL + LAICI + NATA DE COCOA + BUAH-BUAHAN (KALO LETAK LA )
6- MASAKKAN PULAK JELLY CRYSTAL DENGAN AIR YANG TELAH DISUKAT TADI DLM PERIUK.
7- KACAU HINGGA MENDIDIH.
8- BILA DAH MASAK JELLY TADI,PADAM API TROS CEDOK SIKIT2 BOH DLM BEKAS KOKTEL TUR..
9- SO, JADI 3 LAPISAN LA..FIRST KEK, SECOND KASTARD N THIRD MIX FRUITS + JELLY CRYSTAL..BOH DALAM PETI AIS BUKAN PETI BEKU TAW...
10- BILA DA AGAK SEJUK, KUAQKAN DAN SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN..
SELAMAT MENCUBA DEAR..

P/S : TERIMA KASIH BANYAK2 PADA PUAN MAZURI BINTI ARIFIN ATAS RESEPI YANG DIBERI..TUNJUK AJAR KU SIFU..AHAKZ

Thursday, March 10, 2011

bila my sweetheart da expert meniarap


bila da expert tiarap..qeja nyer meniarap jer..time jaga, konpom2 ler memg meniarap jer..tapi yg klako time tidoq pong..siap posing nak meniarap..pas tur sambung tidoq balik..aduyai sweet umi nie...tapi umi suke sgt tgk sweet umi tidoq sambil tiarap sambil kpala dilentoqkan ...penuh syahdu...

my red sweetheart


time aku n my hubby bwk my sweetheart g jusco equine wit red theme ( sempena cong xi fa chai )

N0V3L OOOO NoVeL - sweet sour


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour.

RM 21.00
570 muka/surat

story :
lia n zarul nie 1 sek..selalu bergaduh ( gaduh yg ada feel la )

N0V3L OOOO NoVeL - tak semanis impian


NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?

“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.

“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

RM 19.90
576 mukasurat

N0V3L OOOO NoVeL - tak seindah mimpi


Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.
Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

RM 24.00
655 muka surat

N0V3L OOOO NoVeL- kau yang satu


Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.
Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

RM14.00
416 muka surat

N0V3L OOOO NoVeL - ombak rindu


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.

Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

RM 19.90
576 mukasurat

N0V3L OOOO NoVeL - bicara hati


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

RM 18.00
576 mukasurat

N0V3L OOOO NoVeL - cinta pertama


Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.


Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

RM 19.90
520 mukasurat

my sweetheart 5++ MONths


uih jap ja sweet aku da 5bln..pejam.celik.pejam.celik.pejam.celik...da semangat skunk..7.1 kg dah..sweet umi da pandai mcm2..skunk da mamam nestum CERELAC RICE STAGE 1..SUKA BETOI SWEET mamam yer...hurmm sonang hati umi tgk sweet umi nie...mamam lalu betoi..
sweet umi sejak2 da expert tiarap...asyik meniarap jer qejanyer..jaga tiarap..tidoq pong tiarap..skunk da hisap jari kaki..( xkan nak soh umi + kuota kot) sabaq yer sayang..umi ngah nak maintain dulu..huhuhuhuhu

AkusZ n prODuk HerB


losyen Mustajab Pati Halia & Limau Nipis
RM24.00
Di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu bersalin hanya dengan menyapukan ramuan itu dibahagian perut. Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif.

Losyen yang diperkaya dengan Vitamin E ini, mempunyai peranan penting untuk kulit, memcegah terjadiya penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, mempercepat proses penyembuhan luka dan parut dan anti radang. Maka itu fungsi Vitamin E amat penting bagi tubuh dan kulit. Salah satu peranan penting Vitamin E melalui beberapa penelitian terbukti sebbagai zat anti oksida yang melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas.

Fungsi :
Urutan seluruh badan
Membakar lemak dan melangsingkan badan
Sakit otot dan sendiKembung perut dan sakit belakang
Mengurangkan selulit
Melegakan sakit akibat sengugut
Menyingkirkan toksin
Anti bakteri
Mengurangkan kedutan pada kulit
Menghilangkan rekahan pada perut dan punggung
Sesuai untuk wanita lepas bersalin
Kegunaan seisi keluarga

FIRST TIME AKU PAKAI THIS PRODUK..TIME AKU PAS BERSALIN..NORMAL LA BADAN BUKAN CAM DULU LER..( CUTTING BAEK PUNYA )SUKA-SUKI AKU NAK TRY JER..RASA BESH BLA PKAI..BERANGIN JER..DA SEBULAN LA PKAI INI PRODUK..XDAK LA KEMPIS ON DA SPOT..KENA BYK BERSABAR LA..BKAN KEMPISKAN PERUT SAJA TAPI BLEH SLIMMMING GAK ( PADA YG BYK LEMAK2 )HILANG SENGAL2 BADAN...AKU SELALU PKAI TIME NAK PEGI QEJA..KALO HARI CUTI SELALU PKAI TIME NAK TIDOQ..KALO NAK BERKESAN PAS SAPU , BALUT NGAN BENGKUNG...GIRDLE KER..
SKUNK AKU TRY YG LEBIH HOT PLAK ( KOTAK WANA OREN - PRODUK YG SAMA GAK )MASYUK SKIT DARI YG HIJAU NIE..PAKAI PONG SAMA GAK CAM YG HIJAU...

AkusZ n my SupleMENt


Cocoa Collagen Power Plus
RM59.90
Cocoa Collagen Power Plus adalah produk terbaru berasaskan Kolagen @ Collagen yang paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalam....
Koko Pracampuran... adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat..

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :

Marine Collagen ~ Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
Kacip Fatimah ~ Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
Lobata ~ Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
Krimer bukan tenusu ~ Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
Dextrose Monohydrate ~ Melambatkan proses penuaan.
Oligo Saccharide ~ Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.


Kebaikan dan Khasiat :

Membantu mengimbangi hormon.
Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
Melambatkan proses penuaan.
Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
Mencerahkan kulit secara semulajadi.
Memberi tenaga.
Membantu mengurangkan keguguran rambut.
Melancarkan peredaran darah dalam badan.
Mengimbangi berat badan.
Meningkatkan daya penghadaman.
Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

SESUAI DI MINUM UNTUK

Wanita sudah /belum berkahwin
Ibu-ibu lepas bersalin(amat digalakan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
Wanita yang inginkan kecantikan & kesihatan
Di larang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki


CARA-CARA PENGAMBILAN COCOA COLLAGEN
Untuk mendapat kesan yang efektif: Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut. Kemudian barulah di campur dengan air untuk suamkan dan minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang. Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya!


TESTIMONI

AKU START TRY THIS PRODUK NIE BILA AKU NENGOK MY FRENZ TRY KAT SEDARA DIA..MCM BESH JER...AKU PONG TRY DGN CONFIDENT NYER..RASA SEDAP COCOA PLUS KACIP FATIMAH..( SEBIJIK CAM KOPI KACIP FATIMAH )SELALU MINUM 1HARI 1X..SEBELUM NAK TIDOQ..BANCUH PANAS2..MINUM PELAN2 TIME PANAS TUR..MASYUK TOI.BADAN PONG CAM BERASAP JER..BERPELUH BEB..BADAN SKUNK RASA CAM ADA SEMANGAT SKIT LER.DULU LETIH + LENGUH TERAMAT SANGAT..SKUNK DA BERKURANG DLM 40% LA...SEBB BARU TRY 1KOTAK (10PEKET), BADAN ASA RINGAN SKIT..TAPI YG PALING KLAKO PERUT AKU NIE ASYIK MEMUNTAHKAN SEGALA YANG ADA DLM PERUT ( KADANG2 XSOMPAT DEN NAK HADAMKAN PERKAKAS2 DLM PERUT)ADOIYAI..BESH MEMG LA BEST SEBB BUWANG TOKSID DLM BADAN KITA TAPI YANG LECEH KALO G JEJALAN KER.X KER NAYA SEBB QEJA NYER NAK MENCARI BANK (SENDIRIAN BERHAD)..MURAH PONG MURAH..

Onie:
Saya minum Cocoa Collagen Power Plus ni bagus la,saya kerap buang angin...kencing lawas..badan saya rasa segar.Nampak la perbezaannya.Sebelum ni tumit kaki saya pecah-pecah..betul kata kawan saya tu...lepas saya amalkan tumit kaki saya nampak bersih...xde lagi pecah-pecah tu..x menyesal saya minum cocoa ni.

Kak Nur:
Betul tu... kak nur rasa macam nak minum selalu jer...actually kak nur ni memang malas kalau bab2 nak bancuh air ni...tp sejak beli Cocoa Collagen ni kan...sehari sampai 2 kali minum...rajin la plak..memang sedap sangat...perubahan yang kak nur rasa...masa buat keje... badan x rasa letih..kulit pun rasa halus cam kulit baby jer...memang best la...ni tengah pantau la apa lagi perubahan seterusnya.

Hamba ALLAH:
Thank u, lepas minum Cocoa Collagen ni selama seminggu,saya dpat rasakan keinginan untuk melakukan hubungan intim dengan suami kembali membuak. Selepas melahirkan 3 orang anak di tambah dengan penat bekerja,keinginan untuk melakukan hubungan intim seolah hilang.Tapi selepas minum Cocoa Collagen dengan izin ALLAH, Alhamdulillah dapatlah saya menjalankan tanggungjawab yang penting ini. Thanks.

TESTIMONIAL (drink Cocoa Collagen 4 one week.)
-Breast macam besar & bulat...baju kebaya aku kat bahagian dada tu jadi ketat,laki aku pun terkejut.
-Muka glowing..x tau la ni perasaan sendiri ke???yang nyatanya aku x payah pakai beauty cream/collagen cream dan ramai member2 tegur perubahan aku..


Testimonial
akak....nak update lagi nih... JERAWAT? DAH HILANG!!!!!suke sangat... BEKAS JERAWAT?? DAH HILANG SKET2!!!tp kena sbr..ader sket lagi kat muke nih... TUMIT KAKI?? DAH LICIN WA CKP LUU...hehehe... best sgt la..x pyh nak kena sental ari2....YANG PALING BEST....!!!MUKE SAYER DAH OK....MCM MUDA JER RASA....( org asyik teka 20 jer...)hihi..padahal umur dah 24...wakakakaaa....

Nadia
Nadia says:" kak.. kita baru minum 5 hari. kira 5 paket la kan. pejal n bulatnya breast kita. nasib baik lum hantar tempah lg baju tunang. kalo tak dah tak muat tang dada nanti.tapi.. alaa.. atas dh best, punggung yg kempis ni lom jalan lagi. kalo dua2 naik baru cunn.. heheheh... "

Testimonial
Colagen ni mmg marbeles. mula2 mmg i pun sinis jer fikir murah camni ada kesan ke. tp memandangkan harga dia murah sgt i fikir try jer la.firstly, rasa dia mmg sedap. rasa koko campur kopi. i ingat dah 2-3 kotak baru nampak perubahan spt kebanyakan produk kolagen yg lain. tp mengejutkan hari pertama minum masa sahur, mata segar bugar. selalu lepas subuh sambung tido sampai kul 9. kali ni siap solat sunat fajar, mengaji lg tp steady jer x ngantuk. buang air pun lawas n puas. Dalam seminggu penggunaan pulak rata2 pengguna komen tumit kaki yg pecah2 jd pulih licin. ramai x perasan mulanya. lepas seminggu pulak.. hehehehe.. ni yg ramai pompuan suka dgr. kewanitaan kita jadi tambah rapat. ada sorang kakak ni komen kelakar lak. dia dah ala2 kering gitu . tp lepas seminggu minum cocoa collagen ni, dah ada mcm ada pelincir pulak . jd sexlife dia tambah boosting ler. tp baru dia sorang komen cenggitu. tak tau la pulak kat org lain .gitulah.. x sangka produk murah gini memberikan kesan yang menakjubkan.

Testimonial
malam td dpt tido 3 jam jer. mcm nk nangis jam bunyi kul 4:30am utk sahur . tp pikirkan anak2 kuatkan gak bangun memasak. i dah plan nk sambung tido terus lepas subuh n suh hubby jer tgk anak2 bersiap ke sekolah. abis makan minum cocoa collagen. tak sampai 5 minit terus mata segar bugar balik . instead of jumping on my bed, i terus mandi n kemas umah pagi2 buta tu. heran husband i sbb td beriya2 dok pesan ngan dia penuh dramatik betapa ngantuk n penatnya.

Testimonial
cocoa collagen ni masuk 4hari aku minum cocoa tu, first time aku tgk kotak cocoa tu pun aku dah jatuh hati..coz aku bayangkan aku dpat 1kotak yg ada 30paket...tapi tgk2 dapt 3ktk suspend gak aku ingatkan hang salah antar..mampus aku nak kena tambah duit lagi...tapi upanya 1kotak tu ada 10paket yer...ok aku nak bagi review aku kat hang selepas 4hari aku minum.. first time hirup pergh...sedap ler mengalahkan coffee beans la pulok...tapi mmg sedap hang...aku belasah ler sehari 2kali..lepas buka pose dan masa sahur...apa yg aku dapt rasa mmg badan aku tak letih mmg segar je sepanjang hari seperti yg hang ckp la....lepas tu yg magic nye aku tgk tumit kaki aku yg dulu pecah dan kasar macam org kerja buruh kasar tu alhamdulillah akhirnye bertangkup dan buleh ler dikatakan licin...tapi lum licin sepenuhnye..tapi aku puashati ler coz b4 this aku dah sapu krim macam2 krim..tak jalan juga..akhirnya mimpi aku menjadi kenyataan. hubby aku lak puji aku dia kata muka aku nampak pinkish dari biasa..aik biar betik.. hang pun camtu ke? aku mmg tak amik apa2 selain cocoa hang nie coz aku nak tgk dia nye kesan yg ckp cepat tu...lagi pulok aku minum 2paket sehari tu yg nampak cepat kot...lepas tu kan betul ler hang kata breast ada denyut-denyutan ler..tapi aku tak berani nak kompem ler sebab cocoa coz aku nak period nie sekali berdenyut sebab nak period malu je kat hang....hahahha...panjang lebar lak aku cerita..tapi aku mmg berterima kasih kat hang ler kenalkan cocoa nie..make sure aku nye stok utk tiap bulan ada tau..sampai je masa hang send kat aku...aku nak buat amalan tiap bulan..makna aku nye 2set ler yer sebulan..hahahaha org suh minum 1paket sehari aku lak belasah 2paket sehari..tak per janji murah,berkesan, cantik n selamat .nanti aku update lagi..kawan aku pun nak order nanti dia contact hang..aku dah bagi no ko kat dia dah..

Testimonial
So far baru 5 paket aku minum tapak kaki dah tak keras dah la.. aku mmg takde masalah tumit pecah cuma kasar"


shahida:-
Selepas mengamalkan selama 1 bulan parut dan jerawat semakin berkurangan. Kulit wajah saya semakin cantik. Bukan tu je tenaga saya semakin bertambah; saya x mudah lesu mcm dulu. Malam bersama suami menjadi lebih bermakna...hehe..
Saya minum cocoa colagen ni sbb nk gebukan kulit dan hilangkan parut jerawat di muka saya. Pada mulanya saya tak berapa yakin sgt keberkesanan cocoa colagen ni. Sbb dah mcm mcm sy cuba.. gimick je lebih. Tapi x nampak kesan. Lain pula cocoa ni. Sbb harganya berpatutan sy x kisah la mencubanya.

AkusZ n my Love2Ly HUbby

aku - seorg yg comei ( perasan teramat sgt )hapy good lucky,mood ubah2 mcm manusia laen gak..kalot skit tapi copat dan sepantas jalanku..ahakz
my hubby - agak tegas tapi still berhemah, muka innocent jer...klako giloz kalo time wat muka sememehnyer...(aku plak yg benci nengoknyer tp sweet aku suka sampai kekek gelaknyer...)

story
aku mula kenai my hubby melalui bff aku, amy..sepatutnya qeja aku cuma pegi meneman amy g jumpa mr tamin dia AKA hubby dia skunk..tapi laen plop jadik nyer..aku & hubby tangkap cintan plop..ish3..itula jodoh ..kita mampu merancang tapi segala-galanya YANG MAHA KUASA menentukan..we all kenai ckup 1 taun...then my hubby tanya aku nak kawen x? giloz..soalan jenis apakah itu? wink..wink..aku ckap dtg umah aku tanya family aku k..dia senyum..senyum yg aku paling nyampah AKA senyuman penuh lesong batu tu lah BUAT AKU suka kat dia..then time raya aji , dia nak ikut aku balik hometown aku..konon nak kenai2 ngan family aku AKA memtua dia skunk..apa oghang tua2 ckp..nak anak kena mengorat mak bapak dulu...skunk nie dunia terbalik terlebih ngorat anak baru nak adjust mak bapak..mujuq depa berkenan, kalo x,ada gak yg lari kawenyer...ish3 syioh..syioh..syioh..minta jauhkanlah benda2 yang terpesong lagu tur..
ALHAMDULILLAH..syukur kepada-MU YA ALLAH kerana memberi aku sinar kebahagiaan..skunk aku sudah bergelar isteri kepada my hubby..30.10.2009

my sweetheart got fever, flu n cough


26.02.2011 sabtu
kecian syg umi nie...demam plop..sedih nyer tgk syg demam + selesema + batuk..kalo bleh syioh..syioh penyakit yg dtg serang syg umi nie, alangkah besh nyer...tapi apakan daya itu semua sudah suratan-Nya..umi doakan syg umi cepat2 sembuh yer dear..UMI SAYANGKAN ADIK SANGAT2...sabar yer syg..INSYAALLAH sayang umi akan sembuh...


27.02.2011 ahad
demam mulai surut tp selesema + batuk kahak still sama..makin teruk plop.umi bwk adik g kinik.doc bg ubat..balik jer umah tros umi londehkan semua pakaian adik..jerlum ngan ayaq suam..boh kool fever kat dahi..hmmmm tapi adik senyum jer kat umi.gelak2 lagi...sayu ati umi tgk adik..adik xnak umi risau yer tgk adik tu sebb adik senyum kat umi..adik baik..x merap..malamnya hidung adik sumbat..nafas guna mulut..alolo cian sgt bla nengok dia hisap susu..kejap2 henti pas tu minum balik..henti pas tu minum balik..henti pas tu minum balik.dalam masa yang sama, my hubby plop demam..YA ALLAH kuatkanlah semangat hamba-Mu ini..ENGKAU SEMBUHKAN CEPAT2 PENYAKIT YANG ADA PADA ANAKKU DAN SUAMIKU INI...AMIN YA RABBAL ALAMIN..


28.02.2011 isnin
umi amik cuti sebb nak jaga adik..kalo bleh sesaat pon, umi xnak berpisah..ALHAMDULILLAH..page tadi cam panas.. tapi bila da tgah ari skit..makin kurang demam..adik da cergas kembali..da jerit2..da sembang2 ngan umi..da gelak2..suke nyer umi nengok sayang umi da makin sembuh..TERIMA KASIH PADAMU YA ALLAH...AKU BERSYUKUR PADAMU...

Wednesday, March 2, 2011

N0V3L OOOO NoVeL

02.03.2011 rabu
hurmmmm asyik membaca..asyik merenung...asyik dibuai perasaan gara2 makhluk yang bernama NOVEL....ish..ish..giloz btoi la bila dpt novel AKA sepadan ngan otak yg membara nak membelai....lupa dunia beb..tapi itu adalah kemujaraban tuk lepaskan stress ( kan2 k.maz )
tadik aku buka la web PENULISAN2U..saja nak tgk2 novel yg baru nak digilap oleh pencetus2 idea newborn...bgus2..satu fenomena yg mengagumkan bg bakat2 baru..
baru baca 3 novel yg baru digilap
1. Andai Esok Hari Terakhirku by Nureez Nurizan
2. Kerana Rayyan by Shamein
3. Bila Hati Dah Sayang by Tinta Biru

memg besh lol...tersentuh sanubariku..ahakz