Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
- Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
- Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
- Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
- Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
- Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
- berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
- Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?
- 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
- 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
- 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
- 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
- 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
- Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
- Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
- Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
- Vitamin A (hati, susu, telur)
- Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
- Vitamin C (jambu, betik dan limau)
- Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
- Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.
Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
'Lactose intolerance'
- Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
- Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
- Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
- Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
Loya (Morning Sickness)
- Makan pada waktu makan yang teratur.
- Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
- Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
- Minum banyak air.
Sakit ulu hati (Heartburn)
- Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
- Kunyah makanan dengan perlahan.
- Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
Sembelit (Constipation)
- Minum banyak air.
- Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)
SUMBER : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/PemakananSemasaMengandung.php