Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
- Berumur diantara 20 dan 35 tahun
- Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
- Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
- Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
- Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.
Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
- Kaedah semulajadi
- Kaedah masa subur
- Suhu badan asas
- Kaedah cairan dan lendiran faraj
- Kaedah gabungan
- Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
- Kaedah halangan
- Kondom
- Topi servik
- Diafram
- Hormon
- Pil
- Implan
- Suntikan
- Alat dalam rahim
- Kaedah kekal
- Ikatan tiub fallopian/peranakan
- Pembedahan mengikat saluran mani lelaki
Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
- Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
- Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
- Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
- Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
- Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga
Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?
Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:
- Umur wanita tersebut
- Taraf kesihatan
- Keberkesanan kaedah
- Kaedah yang disukai individu
- Kaedah yang terdapat di klinik
Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?
Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.
Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai criteria seperti di bawah:
- Dalam masa 7 hari selepas haid normal
- Dalam masa 7 hari selepas keguguran
- Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
- Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
- Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir
Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
- melakukan ujian kehamilan air kencing atau
- tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)
Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?
- Hormon (pil)
- Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
- Selepas keguguran- mulakan serta merta
- Selepas kelahiran :-
- Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
- Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
- Suntikan hormon
- Mulakan dalam masa 7 hari haid
- Mulakan serta merta selepas keguguran
- Selepas kelahiran
- Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
- Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
- Alat dalam rahim
- Semasa haid
- Serta merta selepas keguguran
- 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
- Kaedah kekal
- Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
- serta-merta selepas melahirkan atau
- 6 minggu selepas melahirkan atau
- Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
- Bila-bila masa
- Lelaki (Vasektomi)
- Bila-bila masa
- Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan ?
Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormone paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)
- Lambat memulakan
- Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.
- Terlupa 1 pil
- Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
- Terlupa 2 atau lebih pil
- Gunakan kondom untuk selama 7 hari
- Ambil pil hormon
- Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormone progestin ? (cth, Noriday)
Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.
Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.
Di manakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?
Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.
Bahan Rujukan
- WHO 1998 Health workers' manual on FAMILY PLANNING OPTIONS
- KKM 21-22June 2001 Family Planning program guideline
- WHO 2002 Selected practice recommendations for contraceptive use
- The National Women's Health Information center Nov 2002 Emergency Contraception