Bermula daripada saat anda disahkan hamil, anda mula menjalani rutin pemeriksaan antenatal. Pemeriksaan antenatal ini penting sepanjang tempoh kehamilan untuk memastikan tahap kesihatan ibu hamil. Apa antara pemeriksaan rutin yang perlu anda jalani ?
KADAR DENYUTAN JANTUNG
Ia akan diambil kira bg memastikan jantung ibu hamil & bakal bayi berfungsi dengan baik. Apatah lagi semasa hamil, jantung harus bekerja lebih kuat untuk mengepam darah daripada kebiasaannya.
TEKANAN DARAH
Perlu diambil kira kerana tahap tekanan darah akan membantu mengesan sebarang risiko yg mungkin berlaku. Contohnya, sekiranya tekanana darah tinggi, risiko ibu hamil melahirkan secara pembedahan mungkin tinggi selain kemungkinan timbul sebarang komplikasi terhadap kehamilan @ semasa proses kehamilan.
ULTRASOUND
Ujian imbasan dilakukan untuk melihat kedudukan bayi, saiz, usia dan perkembangan janin di dalam rahim ibu. Ia turut membantu mengesan sebarang keganjilan pada janin. Anda boleh melihat gambaran janin melalui skrin.
TINGGI
Ketinggian ibu hamil turut diukur semasa pemeriksaan antenatal peringkat awal. Ketinggian anda adalah gambaran terhadap saiz serviks & sedikit sebanyak memberikan gambaran bagaimana pembukaan pelvik anda semasa melahirkan nanti. Pelvik yang terlalu kecik akan menyukarkan kepala bayi melaluinya dan ini menyebabkan risiko ibu hamil dibedah adalah lebih tinggi.
BERAT
Setiap kali menjalani pemeriksaan antenatal, berat tubuh anda akan dicatat bagi melihat perkembangan kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami pertambahan berat badan sepanjang tempoh kehamilan. Namun, pertambahan berat badan yang mendadak & tidak normal berisiko menyebabkan pelbagaio komplikasi dan ini harus diberi perhatian.
UJIAN URIN
Setiap kali menjalani pemeriksaan antenatal, anda harus memberi sampel urin @ air kencing. Ia digunakan untuk mengesan sebarang jangkitan @ komplikasi yang tidak normal pada kandungan anda.
UJIAN DARAH
Darah anda akan diuji untuk mengesan sebarang kelainan @ penyakit yang berisiko terhadap kehamilan anda.
KAKI DAN TANGAN
Bahagian ini turut akan diperiksa apatah lagi jika kehamilan sudah memasuki fasa terakhir. Ini bagi mengesan sebarang bengkak akibat pengumpulan air.
SUMBER : BUKU BAKAL MAMA - info, panduan & tips kehamilan