Tuesday, September 20, 2011

PETUA KEHAMILAN

wokeh , ummi nak kongsi PETUA MUDAH BERSALIN



~ Makan Kurma
Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenaga dan mengecutkan rahim...

~ Makan Teloq Ayam
Ibu-ibu hamil  disarankan agar makan sebiji teloq ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saatnya untuk melahirkan. Insyaallah proses kelahiran menjadi mudah.


~ Minum Ayaq Nyoq (Kelapa)
Sebaik sahaja usia kandungan memasuki 7 bulan, banyakkan minum ayaq kelapa agar bayi mudah dilahirkan.


~ Lendir Bendi
Semasa hamil, ibu-ibu dicadangkan agar makan kacang bendi. Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi meudahkan bayi untuk keluar.


 
~Minyak Kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia 9 bulan. Insyaallah berkesan.


(SUMBER : TIP&PETUA, MAJALAH PA&MA - OKT,2011)